BMM3105 Efie Emeir
Rabu, 24 April 2013
Sabtu, 13 April 2013
SINOPSIS UMUM BMM3105
Kursus ini menjelaskan
tentang Penggunaan Internet, Pemilihan Bahan Internet, Laman Web, dan Tapak Pembelajaran;
Perpautan dalam Penyusunan Bahan, Perpautan Antara Bahan; Pengeditan Bahan
Pengajaran secara On Line; Penggunaan Bahasa Melayu dalam
Bahan Internet; Simulasi Pengajaran Bahasa Melayu secara Sidang Video;
Penggunaan Alat Pengarangan; Animasi dalam Persembahan Bahan; dan Penggunaan CD
Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
This course describes
the Usage of Internet, Selection of Internet resources, Website, Learning Homepage;
On-Line and Off-Line Learning; Link Model in Organizing Resources, Linkage
within Resources; On-Line Teaching Resources Editing; Using Malay Language in Internet;
Teaching of Malay Language Through Video Conferencing; Usage of Writing Tools; Animation in Presentation; and Using Learning CDs in Teaching and
Learning Malay Language.
Hasil Pembelajaran Subjek BMM3105
1. Menggunakan
Internet, laman web, pembelajaran
secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan
perpautan antara bahan.
2.
Memilih
bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.
Membina
tapak pembelajaran yang mudah.
4.
Mengedit
bahan pengajaran secara dalam talian.
5.
Menggunakan
bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan,
dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu
secara sidang video.
Khamis, 7 Mac 2013
TEKS 4:
KESAN
PEMBUANGAN BAHAN KIMIA
SIMUJAN, 4 Julai : Beratus - ratus ekor ikan
mati di Sungai Ladong sejak dua hari yang lalu yang dipercayai akibat pembuangn
sisa bahan kimia beracun dari sebuah kilang di sungai itu. Ekoran daripada
kejadian itu, nelayan- nelayan di sekitar kawasan berkenaan kehilangan mata
pencarian. Selama ini, sungai tersebut merupakan tempat mereka menangkap ikan.
Menurut seorang penduduk di situ, dia selalu menangkap ikan di sungai itu untuk
mencari pendapatan sampingan selain berkebun. Sekiranya kegiatan ini berlarutan
tanpa sebarang tindakan, sudah tentu akan menjejaskan rezeki penduduk di situ.
Menurut
ketua kampung Sungai Ladong, Encik Arshad Ahmad, perbuatan membuang sisa bahan
kimia beracun ini dipercayai dilakukan oleh pekerja-pekerja kilang. Mereka
melakukan kegiatan itu pada waktu malam supaya tidak dikesan oleh pihak
berkuasa.
Kegiatan
pembuangan sisa bahan kimia beracun itu mula disedari oleh penduduk kampung
sejak dua hari yang lalu apabila ikan mati dan terapung-apung di permukaan
sungai. Selain itu, air Sungai Ladong turut bertukar warna dan berbau busuk.
Keadaan ini menyebabkan penduduk yang tinggal di sekitar sungai tersebut berasa
kurang selesa. Di samping itu, kesihatan penduduk akan terjejas sekiranya mereka
makan ikan yang ditangkap dari sungai tersebut.
Sehubungan
dengan itu, ketua kampung meminta pihak Jabatan Alam Sekitar menyiasat dan
mengenakan tindakan terhadap pengusaha kilang berkenaan.Tindakan ini perlu
untuk mengelakkan lebih banyak ikan mati sekaligus dapat membanteras
kegiatan mencemarkan sungai.
Langgan:
Catatan (Atom)