KESAN
PEMBUANGAN BAHAN KIMIA
SIMUJAN, 4 Julai : Beratus - ratus ekor ikan
mati di Sungai Ladong sejak dua hari yang lalu yang dipercayai akibat pembuangn
sisa bahan kimia beracun dari sebuah kilang di sungai itu. Ekoran daripada
kejadian itu, nelayan- nelayan di sekitar kawasan berkenaan kehilangan mata
pencarian. Selama ini, sungai tersebut merupakan tempat mereka menangkap ikan.
Menurut seorang penduduk di situ, dia selalu menangkap ikan di sungai itu untuk
mencari pendapatan sampingan selain berkebun. Sekiranya kegiatan ini berlarutan
tanpa sebarang tindakan, sudah tentu akan menjejaskan rezeki penduduk di situ.
Menurut
ketua kampung Sungai Ladong, Encik Arshad Ahmad, perbuatan membuang sisa bahan
kimia beracun ini dipercayai dilakukan oleh pekerja-pekerja kilang. Mereka
melakukan kegiatan itu pada waktu malam supaya tidak dikesan oleh pihak
berkuasa.
Kegiatan
pembuangan sisa bahan kimia beracun itu mula disedari oleh penduduk kampung
sejak dua hari yang lalu apabila ikan mati dan terapung-apung di permukaan
sungai. Selain itu, air Sungai Ladong turut bertukar warna dan berbau busuk.
Keadaan ini menyebabkan penduduk yang tinggal di sekitar sungai tersebut berasa
kurang selesa. Di samping itu, kesihatan penduduk akan terjejas sekiranya mereka
makan ikan yang ditangkap dari sungai tersebut.
Sehubungan
dengan itu, ketua kampung meminta pihak Jabatan Alam Sekitar menyiasat dan
mengenakan tindakan terhadap pengusaha kilang berkenaan.Tindakan ini perlu
untuk mengelakkan lebih banyak ikan mati sekaligus dapat membanteras
kegiatan mencemarkan sungai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan